Thursday, September 26, 2013

#33

kita kian dewasa,
masing-masing sibuk mengejar impian dan harapan.

kita tak mungkin seperti dulu.
penuh dengan luang masa
--bersama.

aku ada cuma kamu
dan aku rasa aku bagai di pinggirkan
hari makin hari.

kita makin dewasa,
kejar cita-cita demi kehidupan selesa
aku ngerti situasi kamu.


-- ini hidup kamu. aku tak mahu ikut campur.


tapi kau harus tahu, tiap saat kau habiskan masa tanpa aku,
aku di temani sepi.

Sunday, September 1, 2013

#32

aku benci tiap kali kita bertengkar
dan ya, aku setia dengan ego aku.

aku benci tiap kali kita mula rajuk sama-sama
aku tahu kau mahu aku pujuk rayu kamu
dan ya, aku setia dengan ego aku.

aku benci tiap kali kita bermasam muka
walau seketika, aku tetap dengan ego aku
tak lama, kerna aku lemah tanpa kamu.

sayang, aku rindu kamu :'(

#31

aku sadar ego aku tak akan bawa aku kemana.
sayang.
ingatlah aku lemah tanpa manja kamu
tanpa rindu kamu
tanpa cinta kamu.

Monday, August 12, 2013

#30

kasih aku pada kau, itu nikmat Allah beri.
aku syukur.
ini tanggungjawab aku untuk jaga dan terus kasih pada kau.
cuma aku tak pasti, sampai bila ia akan terus bersemi.
akan kah nikmat ini kekal sampai nafas akhir aku?
aku tak pasti,
itu rahsia Dia.

...

sering aku tadah kepadaNya
agar kau temu ganti aku
yang dekat disisi kamu
yang mampu jaga hati kamu
yang mampu beri segalanya kau mahu
yang akan terus setia mencintai merindui kamu.
yang mampu mengingati kamu pada Nya.


aku mohon, doa ini termakbul suatu saat nanti
dan yang pasti, saat itu aku mati.

#29

"Kau gantikan kenangan, gantikan memori, gantikan rasa cinta dan sayang. Kau takkan boleh hilangkan rasa yang pernah ada." - piah 12/08/2013

#28

semalaman aku biarkan ia mengalir.
aku biarkan air mata pergi membasahi segalanya.
asalkan perit aku berakhir.
asalkan aku bisa tenang.


bukan layak aku untuk berada disisi engkau
tiada layak aku untuk terus berebut kedudukan di jiwa kamu.
aku pasrah.
kali ini aku tewas.
aku tak mahu lagi berebut.


biarkan saja rindu ini tertanam
biarkan saja kasih ini terus terkubur
sepi.
ya. aku sepi.
tapi apa layak aku untuk terus merebut kau sebagai kasih?
tiada.

#27

hampir empat belas hari aku pendam sebuah kisah
kisah dimana aku biarkan ego terus kuasai diri.

Tuesday, July 9, 2013

#26

terima kasih untuk setiap saat Ya Allah.

ubahkan hati ini kepada ke arah agamaMu.

izinkan aku terus berjihad.


Salam Ramadhan Al Mubarak, manusia

#25

hati teriak rindu.

Ya Allah, dia 'pulang'

Thursday, June 27, 2013

#24

kali ini aku cuba diam dan biarkan kau beraksi.

dan dalam satu sudut sebenarnya aku hampir mati.

Sunday, June 23, 2013

#23

selamat bermimpi manusia hipokrit serata dunia.

#22

malam tadi. aku bermesra.
terasa naluri untuk menjadi suri hidup seorang lelaki itu masih ada.
tapi siapa yang sudi?

siapa?

Saturday, June 22, 2013

#21

boleh aku jujur satu perkara disini?

aku mula benci engkau.

#20

azan subuh berkumandang. bangunlah wahai umat Rasullulah kita menuju kejayaan.
aku. aku masih terbaring mengadap komputer riba saat ini. bulan merah.

kesayangan, aku rindu.

#19

unexpected phone call from you. I knew you miss me too.



get well soon my love.

#18

mata jam sudah tiga pagi.
dan hati mula rindu.

Friday, June 21, 2013

#17

#benar. jika kau tanya siapa aku.

#16

aku biarkan telifonpintar aku mati selamanya.

dan aku harap hati aku juga begitu.

terpadam dan mati.

terasa bagai mahu aku formatkan hati aku.

mengeluh.

#15

aku gemar benar sorok cerita sedih aku pada semua orang,
dan hari ini....

aku bongkarnya melalui airmata melalui rintihan pada Maha Mengetahui.

Yang Maha Esa, aku mohon hentikannya.

#14

akal bagai tiada kisah lain mahu di siarkan.

nama kau. wajah kau. senyum kau. sikap kau.

semuanya kau.

ah! aku masih fikirkan kau dan itu bodoh.